Kedah Rubber City ‘game changer’ transformasi Kedah sebagai negeri maju- Ismail

Kedah Rubber City ‘game changer’ transformasi Kedah sebagai negeri maju- Ismail

PADANG TERAP: Projek Kedah Rubber City (KRC) bakal menjadi “game changer” dalam mentransformasikan negeri Kedah Darul Aman sebagai sebuah negeri maju sekali gus mampu merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kewujudan KRC mencerminkan momentum pertumbuhan serta kemajuan ekonomi negeri Jelapang Padi itu, yang mana dipacu sektor pertanian moden dan pintar selain pembuatan bernilai tinggi.



Ianya tidak lain, bermatlamat menjadikan KRC sebagai peneraju pembangunan industri getah negara serta hab industri getah bernilai tinggi di peringkat global.

“Sebelum ini, pembangunan berskala besar kebanyakannya hanya tertumpu di kawasan bandar, dan hari ini Keluarga Malaysia di kawasan luar bandar termasuk di Padang Terap juga mampu menikmati limpahan kemakmuran yang dicipta hasil daripada projek-projek strategik nasional seperti KRC.

“Berdasarkan lokasinya yang strategik di kawasan “Rubber Belt” sempadan Malaysia-Thailand, KRC juga akan memupuk kerjasama dan integrasi serantau yang lebih erat antara kedua-dua negara, serta dijangka menjadi penggerak dalam menghubungkan pengeluar- pengeluar getah utama di rantau ini di bawah platfom Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT).

“KRC juga akan menjadi pusat inovasi produk getah yang boleh membantu aktiviti hiliran dan huluan untuk sektor ini,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika merasmikan Projek Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- Kedah Rubber City (KRC) di Kuala Nerang pada Isnin.

Sementara itu, Ismail Sabri menyatakan sambutan terhadap KRC setakat ini amat menggalakkan selepas berjaya menarik pelaburan kira-kira RM4 bilion yang mana turut dijangka akan mewujudkan sekitar 7,000 peluang pekerjaan baharu.

Sehubungan itu, projek ini dilihat berada pada landasan tepat bagi mencapai sasaran pelaburan swasta bernilai RM10 bilion menjelang 2025 iaitu lima tahun lebih awal berbanding sasaran asal iaitu pada tahun 2030.

Ianya sekali gus mampu mewujudkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada penduduk di daerah Padang Terap malah di Kedah secara keseluruhannya.



“Rakyat setempat akan turut berpeluang mengambil bahagian melalui program-program modal insan berteraskan Keluarga Malaysia untuk menangani kemiskinan seperti program peningkatan kemahiran dan keusahawanan yang disediakan oleh NCIA seperti empowerNCER dan entrepreneurNCER.

“Mereka kini boleh mengambil bahagian dalam aktiviti rantaian bekalan penggiat industri yang bakal beroperasi di KRC khususnya, dan di negeri Kedah, amnya.

“Kesemua ini adalah sejajar dengan sasaran sifar miskin tegar menjelang tahun 2025 seperti mana yang digariskan di dalam dokumen RMK-12 selain selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia bagi memastikan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk seluruh rakyat,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, projek KRC bakal dibangunkan dalam dua fasa di kawasan seluas lebih 503 hektar yang mana fasa pertamanya, kini bersedia menerima kemasukan pelabur, manakala fasa dua dijadualkan bermula pada tahun 2023.



Kerajaan Persekutuan dengan sokongan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM417.5 juta bagi pembangunan fasa pertama KRC.

Susulan itu, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan terus bekerjasama bersama RISDA bagi memajukan serta membangunkan masyarakat pekebun kecil getah tempatan membabitkan seramai 73,642 pekebun kecil di Kedah termasuk 11,190 pekebun kecil di Padang Terap.
Awani

Kedah Rubber City ‘game changer’ transformasi Kedah sebagai negeri maju- Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?



Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker