PAS jangan paksa UMNO terima Bersatu – Shahril

PAS jangan paksa UMNO terima Bersatu – Shahril

PAS diminta tidak terlalu memaksa Umno untuk mengubah pendirian dan dasarnya – yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata walaupun PAS menyatakan mempunyai strategi taktikal untuk mengikat Umno dan Bersatu, beliau yakin usaha itu tidak akan berhasil.

“Kalau dia (PAS) ada strategi taktikal, kita tunggulah…cuma saya dan pemimpin Umno yang lain sudah berkali-kali sebut kita tak menutup pintu untuk bersama PAS tetapi PAS tidak bolehlah asyik memaksa Umno untuk mengubah pendirian dasar kami iaitu tidak boleh bersama dengan Bersatu dalam pilihan raya.

“Melainkan strategi dan taktikal PAS cukup hebat untuk mengubah pendirian dan dasar Umno, (tetapi) saya rasa benda itu tidak boleh berlaku,” katanya kepada FMT.

Pada Jumaat, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam berkata parti itu tidak akan berputus asa untuk mengikat kerjasama tiga penjuru antara PAS-Umno-Bersatu walaupun di luar kerangka Muafakat Nasional (MN).

Perkara itu dinyatakan sehari selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengisytiharkan parti itu tidak lagi berminat untuk menyertai MN kerana tidak mahu terpalit dengan imej rasuah sesetengah pemimpin Umno.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, keputusan Bersatu itu disifatkan sebagai “terlalu lewat” kerana Umno terlebih dahulu menyatakan pendirian untuk tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, pendirian terbuka Muhyiddin mengenai kerjasama parti itu dengan Umno memudahkan semua pihak untuk berbicara mengenai hala tuju parti.

Mengenai strategi pihak lawan yang cuba merujuk Umno dengan pelbagai gelaran, Shahril berpendapat itu hanyalah strategi digunakan oleh parti yang tidak banyak tawaran untuk dihidangkan kepada pengundi.

Tegasnya, Umno ketika ini fokus untuk menarik undi atas pagar dan tidak akan termakan dengan mainan politik pihak lawan.

“Saya sebagai Ketua Penerangan Umno lebih gemar untuk bercakap apa yang Umno kena buat untuk tarik pengundi atas pagar. Itu fokus kami, kami selesa dengan pendekatan sebegitu.

“Kalau parti lain merasakan mereka tak banyak tawaran dan mereka lebih banyak nak serang Umno untuk dapat banyak undi, itu hak mereka dan itu mainan politik biarlah mereka buat tapi saya yakin pengundi akan membandingkan dan menilai sendiri antara parti-parti yang ada,” katanya. FMT

PAS jangan paksa UMNO terima Bersatu – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker