PRNJohor: Surat senarai kawasan ditandingi MCA palsu – Wee

PRNJohor: Surat senarai kawasan ditandingi MCA palsu – Wee

MCA menafikan mengeluarkan surat yang tular tertulis senarai kawasan parti itu bakal bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Wee Ka Siong dalam kenyataan berkata, Barisan Nasional (BN) sentiasa bermusyawarah dan segala keputusan dicapai secara konsensus bersama parti komponen.

“Tular mengenai surat palsu yang menggunakan kepala surat MCA dan nama saya. Kepada mereka yang berniat jahat melakukan fitnah ini untuk memecah-belahkan BN, hentikanlah!,” katanya.

Menurut surat tular yang meletakkan nama Wee serta logo MCA sebagai kepala surat itu, parti berkenaan akan meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi MCA pada pilihan raya umum lalu.

Surat itu menyenaraikan 17 daripada 56 DUN Johor antaranya Pemanis, Yong Peng, Senai, Tangkak dan Johor Jaya.

PRN Johor bakal diadakan susulan pembubaran DUN pada 22 Jan lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya berkenaan Rabu ini. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

PRNJohor: Surat senarai kawasan ditandingi MCA palsu – Wee


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker