Gaji minimum RM1,500 buat perniagaan kecil gulung tikar – MEF

Gaji minimum RM1,500 buat perniagaan kecil gulung tikar – MEF

Cadangan kenaikan gaji minimum negara kepada RM1,500 akan mengakibatkan perniagaan, yang masih dalam mod pemulihan, gulung tikar, menurut Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman dalam kenyataan berkata, kebanyakan perniagaan tidak bersedia untuk melaksanakan cadangan gaji minimum baharu kerana mereka masih sedang cuba pulih daripada kejutan ekonomi akibat wabak Covid-19 dan bencana banjir baru-baru ini.

“Gaji minimum baharu akan menaikkan kos barangan dan perkhidmatan. Kos operasi pasti akan meningkat, jadi ini bukan masa yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana sedang menderita, malah peningkatan kecil dalam kos, seperti kenaikan gaji minimum, boleh mengakibatkan penutupan.

“Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membentuk lebih 90% perniagaan Malaysia. Kerajaan mesti mempertimbangkan kelangsungan hidup dan kemampanan mereka,” tambahnya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha membantu sektor swasta pulih dan mengawal kenaikan kos produk dan perkhidmatan.

Katanya, menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 bukanlah penyelesaian untuk pekerja memperoleh gaji lebih tinggi, dan imbuhan itu harus berdasarkan prestasi pekerja dan keuntungan majikan.

Semalam, Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata, gaji minimum “sekitar RM1,500 sebulan” dijangka dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

Katanya, kadar baharu itu masih belum dimuktamadkan kerana kementerian sedang menunggu kelulusan Jemaah Menteri.

Gaji minimum kali terakhir dinaikkan pada Februari 2020, daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan. FMT

Gaji minimum RM1,500 buat perniagaan kecil gulung tikar – MEF


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker