Perahu sagor ditempatkan di muzium untuk konservasi

BALING – Jabatan Warisan Negara (JWN) akan menempatkan perahu sagor yang ditemui penduduk di Sungai Ketil berhampiran Kampung Lela di Kuala Pegang di sini pada Isnin lalu di Muzium Negeri Kedah di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Warisannya, Muhamad Muda Bahadin berkata, pihaknya akan melakukan proses konservasi ke atas perahu lama tersebut.

“Kita akan melakukan proses konservasi dan penyelidikan bagi menentukan tarikh dan usia sebenar perahu ini.



“Proses tersebut akan dilakukan JWN dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Lembaga Muzium Negeri Kedah serta penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk menghasilkan penceritaan sebenar tentang kewujudan perahu berkenaan selepas ia dipulihkan sebelum dipamerkan untuk tontonan umum.

Menurutnya, usia sebenar perahu bersaiz 8.5 meter panjang dan 0.9 meter lebar serta jenis kayu yang digunakan belum dapat dipastikan

Perahu sagor ditempatkan di muzium untuk konservasi.



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker