Dr. Amalina gembira bertemu semula dengan Ainul

PETALING JAYA – Pelatih Pakar Bedah Am, Dr. Nur Amalina Che Bakri berkongsi perasaan gembira apabila dapat bertemu semula dengan kanak-kanak yang pernah dibantu olehnya sebelum ini bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

Nur Amalina melalui hantaran di Instagramnya memberitahu, dia berasa seronok dapat meluangkan masa bersama dengan kanak-kanak itu yang kini sudah kembali sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain.

“Seronok dapat berjumpa Ainul dan ibu bapanya semula. Alhamdulillah, Ainul sihat dan ceria,” tulisnya di ruang kapsyen.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial turut berasa gembira dengan perjumpaan tersebut selepas hampir tiga tahun pembedahan Ainul Mardhiah di London selesai.

“Alhamdulillah, sebak pula lihat pertemuan semula ini,” kata Yuyu.

“Syukur atas bantuan Dr, adik Ainul dah sihat sekarang,” kata Azreen.

“Takkan lupakan kisah ini, bila pembedahan itu sukar untuk dilakukan di Malaysia, Dr. Amalina ambil tindakan pantas,” kata Engineerskitchen.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan Nur Amalina merupakan individu yang bertanggungjawab mengaturkan pembedahan bayi itu di London bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram.

Ainul Mardhiah yang menghidap Germ Cell Tumour, selamat menjalani pembedahan selepas ketumbuhan pada mulutnya berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway. – K! ONLINE

Dr. Amalina gembira bertemu semula dengan Ainul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker