Kes Covid-19 dijangka cecah 15,000 sehari- Khairy

Kes Covid-19 dijangka cecah 15,000 sehari- Khairy

Malaysia kini berdepan dengan gelombang varian Omicron sepenuhnya, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menerusi hantaran di Twitter, Khairy berkata kes harian Covid-19 dijangka akan mencecah 15,000 sehari tidak lama lagi.



“Memasuki gelombang Omicron sepenuhnya. Kes akan mencecah 15,000 tak lama lagi.

“Masih satu juta warga emas di negara belum menerima dos penggalak (vaksin Covid-19). Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera,” kata Khairy menerusi hantaran itu hari ini.

Menteri kesihatan itu berkata demikian sebagai maklum balas perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya mengenai imej Berisiko- Terdedah-Berjangkit-Diasingkan (SEIR) kes harian Covid-19 dan unjuran kes dari 31 Ogos 2021 hingga 31 Mac ini.

Dalam catatan berasingan, Khairy berkata walaupun vaksin Covid-19 boleh mengurangkan jangkitan, tujuan utamanya adalah mengurangkan keseriusan gejala.



“Dengan dos penggalak perlindungan anda daripada gejala serius yang boleh menyebabkan kemasukkan ke hospital/ICU lebih baik. Ambil dos penggalak,” katanya.

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan sebanyak 10,089 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan jumlah terkumpul kini mencecah 2,914,220 kes.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 127 hari iaitu sejak 2 Oktober lalu. Mk

Kes Covid-19 dijangka cecah 15,000 sehari- Khairy




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker