Gelombang Omicron, lindungi calon SPM 2021

Gelombang Omicron, lindungi calon SPM 2021

Pakar-pakar kesihatan menyarankan hanya pelajar kelas peperiksaan yang perlu hadir ke sekolah ketika ini bagi mengekang penularan kluster pendidikan akibat pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr. Malina Osman berkata, sesi Pengajaran dan Pembe­lajaran di Rumah (PdPR) pula sesuai dibuat untuk pelajar yang bukan dalam kelas peperiksaan.

“Kaedah itu amat sesuai ketika ini dan pada masa sama pemvaksinan dalam kalangan kanak-kanak perlu dilaksanakan seperti dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.



“Semua pihak perlu patuh kepada prosedur operasi standard bagi mengelakkan penutupan sekolah jika berlaku jangkitan yang berleluasa,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam & Epidemiologist, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, peningkatan kes Covid-19 di sektor pendidikan sudah dijangka.

“Sektor pendidikan melibatkan ramai orang. Pembukaan sekolah berisiko untuk meningkatkan jangkitan. Tidak mustahil ia menjadi penyumbang terbesar kepada kewujudan kluster,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi mengurangkan risiko jangkitan dengan memastikan anak-anak tidak leka dengan SOP dan mengambil vaksin serta dos penggalak.



“Melihatkan kepada keadaan sekarang, mustahil mendapat zero cases di sekolah dan sifar komplikasi kes Covid-19 dalam kalangan murid sekolah. Sepatutnya, semua pihak perlu bekerjasama,” kata­nya.

Terdahulu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semalam menetapkan pelajar bukan kelas peperiksaan yang selesai bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina supaya tidak pulang semula ke asrama bagi menjaga keselamatan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ketetapan itu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada calon SPM seterusnya membolehkan mereka mengambil pe­periksaan dalam keadaan selamat dan teratur.

Sehubungan itu katanya, pelajar asrama bukan kelas pe­periksaan akan menyambung sesi persekolahan menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepenuhnya.



“KPM akan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berasrama di bawah seliaan KPM dipertingkatkan.

“Pada masa sama, kami juga akan meningkatkan pemantauan di sekolah harian supaya SOP yang telah ditetapkan sebelum ini dipatuhi dengan baik,” kata­nya menerusi rakaman video yang dimuat naik di lama Facebook semalam. K Online

Gelombang Omicron, lindungi calon SPM 2021


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker