Sokong bersyarat, Pemuda Umno tak pernah setuju kerajaan ‘pintu belakang’ – Asyraf

Sokong bersyarat, Pemuda Umno tak pernah setuju kerajaan ‘pintu belakang’ – Asyraf

Pemuda Umno mendedahkan, sayap itu sejak dari awal lagi tidak bersetuju untuk mendirikan kerajaan campuran ‘pintu belakang’ bersama Bersatu, PAS, GPS dan beberapa yang lain sebelum ini, bermula dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, sehingga ia dijenamakan semula di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun berkata, Pemuda Umno ketika itu menghormati titah Yang di-Pertuan Agong yang tidak bersedia untuk membubarkan Parlimen ketika rakyat sedang berdepan penularan Covid-19 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir Mohamad dijatuhkan.

“Sebab itulah pendirian saya dan Pemuda Umno sejak dari awal tidak pernah bersetuju untuk mendirikan kerajaan melalui ‘pintu belakang’,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang seolah-olah membuat ugutan bahawa sokongan parti itu kepada Ismail sebagai Perdana Menteri adalah bersyarat.

“Jika ugut-mengugut sebagaimana kenyataan Ketua Penerangan PPBM ini dan Presiden PPBM sendiri sebelum ini berterusan, maka jalan penyelesaian terbaik untuk mengembalikan kestabilan negara ialah diserahkan kembali mandat kepada rakyat (melalui pilihan raya).

“Negara tidak akan stabil dan gagal memperoleh keyakinan dan kepercayaan komuniti perniagaan apatah lagi pelabur asing jika kerajaan dalam keadaan tidak mempunyai mandat sebenar rakyat dan boleh berubah serta diugut pada bila-bila masa,” kata nya.

Asyraf turut menegaskan, kerajaan yang wujud hari ini bukan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), walaupun ketua kerajaan datang dari Umno, sebaliknya ia adalah kerajaan campuran atau lebih tepat kerajaan PN 2.0, dijenamakan sebagai kerajaan Keluarga Malaysia.

“Realitinya, Umno hanya mempunyai 37 kerusi Parlimen (jika ditambah MCA, MIC dan PBRS menjadikan 41), sedangkan PN menjadi komponen terbesar dengan 53 kerusi. Komponen lain yang membentuk kerajaan termasuk GPS, 18 kerusi dan Parti Bangsa Malaysia, 2,” katanya.

Terdahulu, Wan Saiful berkata parti itu mengingatkan Ismail bahawa sokongan terhadapnya adalah bersyarat.

Katanya, ini kerana Bersatu yang mencalonkan Ismail sebagai Perdana Menteri dan bukannya Umno. FMT

Sokong bersyarat, Pemuda Umno tak pernah setuju kerajaan ‘pintu belakang’ – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker