Semakin banyak ‘manusia perak’

Mereka tampil dengan pelbagai rupa, ada yang memperaga kostum dan ada yang mengecat tubuh untuk menghiburkan orang ramai.

Penularan Covid-19 menyebabkan jumlah ‘manusia perak’ di Indonesia yang sering dilihat di jalanan semakin bertambah dan menjadi karier baru kepada sebahagian besar yang terkesan dengan pandemik.

Penghibur jalanan itu dilihat semakin ramai di ibu kota Jakarta, mengecat tubuh dengan warna perak sambil duduk di atas pelantar sambil mengutip derma.

Ketua Agensi Perhubungan Sosial Jakarta Pusat, Ngapuli Perangin berkata, fenomena itu disebabkan pandemik Covid-19.



–– ADVERTISEMENT ––

The Jakarta Post melaporkan pertambahan jumlah manusia perak itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia disebabkan mereka dihimpit masalah kewangan.

Katanya, mereka yang terjejas terpaksa mencari alternatif untuk mendapatkan wang termasuk ‘bertukar’ menjadi manusia perak dengan mengecat diri dengan cat metalik.

Ia termasuklah dalam kalangan remaja sama ada anak yatim atau gelandangan.



Katanya, dalam kes tertentu, pihaknya menghubungi ibu bapa remaja berkenaan untuk mengambil anak mereka di jalanan.

September lalu Agensi Ketenteraman Awam Jakarta Utara mengadakan operasi mensasarkan manusia perak di beberapa kawasan termasuk di Kelapa Gading.

Pemantauan mendapati, terdapat remaja yang mengecat tubuh dengan cat metalik perak meminta duit daripada orang yang lalu di situ. HM

Curi duit ATM, belajar dari YouTube



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker