Curi duit ATM, belajar dari YouTube

Tonton YouTube untuk belajar mencuri. Itu rahsia lima lelaki yang terbabit dengan aktiviti memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jakarta.

Bagaimanapun, tindakan mereka mengundang padah apabila kelima-limanya ditahan ketika mencuri wang di sebuah ATM di Kompleks Kostrad Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

Pegawai polis Kebayoran Lama, Indra Ranudikarta berkata, lima suspek berusia antara 24 hingga 40 tahun itu bekerja sebagai petani dan berasal dari Lampung.

Beliau berkata, menerusi kaedah itu, mereka berjaya mencuri wang di dalam mesin ATM berkenaan.

“Bagaimanapun, akibat tindakan suspek, baki wang di ATM itu tidak berkurangan,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek dipercayai belajar kaedah untuk memecahkan ATM itu menerusi YouTube.

“Sebelum melakukan perbuatan itu di Jakarta, mereka dipercayai pernah melakukan jenayah sama di Lampung, sebanyak tiga kali,” katanya.

Katanya, selepas berjaya memecah ATM di Lampung, mereka sepakat untuk cuba melakukan perkara sama di ibu negara Indonesia.

Ia selepas seorang kenalan mereka mengajak lima lelaki terbabit untuk tinggal di Jakarta.

“Kita percaya mereka sudah melakukan jenayah itu di Jakarta sebanyak tiga kali, iaitu di Karang Tengah, Kebayoran Lama dan Arteri Pondok Indah.

“Suspek memecah ATM di Kompleks Kostrad untuk mendapatkan wang 10 juta rupiah (RM2,933),” katanya.

Bagaimanapun, Indra berkata, perbuatan suspek tidak merugikan pelanggan, tetapi pihak bank.

Petugas ATM BRI Cabang Pondok Indah, Jakarta Selatan, Mohammad Yoskalyoso pula berkata, suspek menggunakan kaedah baharu untuk memecah mesin ATM berkenaan.

“Suspek tidak menggodam sistem perbankan tetapi merosakkan perkakasan ATM untuk mengeluarkan wang sehingga tidak menyebabkan rekod wang di mesin terbabit berkurangan,” katanya. HM

Ashraf Sinclair dies of heart attack in Jakarta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker