Halatuju Muafakat Nasional, serah pada pemimpin atasan tentukan

 

Keputusan hubungan kerjasama antara UMNO dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti berkenaan, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Setiausaha Agung UMNO yang turut sama terbabit dalam proses rundingan MN sehingga piagam MN dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September 2019 itu berkata, isu besar seperti itu perlu diserahkan kepada pemimpin parti kerana MN itu diputuskan Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung UMNO.

“Selagi Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO tidak membuat apa-apa pada saya MN masih wujud, masih kekal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penyiaran Kelantan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sejauh mana hubungan kerjasama MN antara PAS dan UMNO apabila terdapat beberapa pimpinan daripada kedua-dua parti terbabit sering berbalas kenyataan mengenai isu berkenaan.

Annuar yang juga Ketua Bahagian UMNO Ketereh berkata, mana-mana individu yang tidak terbabit dalam pembentukan MN, dinasihatkan supaya tidak memberi kenyataan atau gambaran yang kurang baik terhadap kerjasama ini.

Sebelum ini, media melaporkan UMNO Kelantan dan Terengganu telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan PAS negeri menerusi MN. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Halatuju Muafakat Nasional, serah pada pemimpin atasan tentukan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker