Bayar kompaun hampir RM15,000 jika berak merata
LONDON – Satu papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang air besar terpaksa dipacak di sebuah taman awam di Little Bowden, England, lapor laman berita MailOnline kelmarin.
Orang ramai yang ditangkap melakukan perbuatan tidak senonoh itu boleh dikenakan denda sehingga £2,500 (RM14,179) oleh Majlis Daerah Harborough.
Papan tanda luar biasa itu terpaksa diletakkan selepas penduduk tempatan berdepan beberapa insiden individu membuang air besar di sebalik semak yang ada di taman tersebut dan najisnya tidak dibersihkan.
Mereka yang bertanggungjawab telah diberi amaran bahawa denda maksimum untuk kelakuan sedemikian ialah RM14,179 dan terdapat kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memantau kawasan itu pada setiap masa.
“Malangnya, terdapat insiden setempat orang menggunakan kawasan awam ini sebagai tandas.
“Ini jelas tidak boleh diterima dan kami meletakkan papan tanda sementara yang memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka berdepan denda sehingga RM14,179 jika ditangkap, Ketua Majlis untuk Perkhidmatan Alam Sekitar Harborough, Kaunselor Jonathan Bateman. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- “Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”
- Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam
- Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….
- 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece
- Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen
- Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil
- Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS
- Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid
- PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa?
- Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu
- Rider tercampak dilanggar lari (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang
You must be logged in to post a comment.