Sebat PATI lakukan kesalahan berulang, polis beri cadangan kepada kerajaan
Sebat PATI lakukan kesalahan berulang, polis beri cadangan kepada kerajaan
Polis mencadangkan kepada kerajaan supaya mengenakan hukuman sebat terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melakukan kesalahan berulang menggunakan pangkalan haram masuk ke negara ini tanpa permit sah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Hazani Ghazali, berkata pendekatan itu merupakan satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
“Kami sama sekali tidak akan berkompromi berkait isu PATI kerana ia boleh memberikan kesan kepada keselamatan negara,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Katanya, selain PATI, warga tempatan yang menjadi dalang termasuklah tekong darat turut diburu polis ketika ini.
Beliau berkata, kawasan rumah penduduk yang mempunyai pangkalan di sepanjang sempadan negara ini turut disenaraikan sebagai pangkalan haram.
“Kalau pemilik terlibat secara langsung, kita akan kategorikan mereka sebagai tekong,” katanya. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Sebat PATI lakukan kesalahan berulang, polis beri cadangan kepada kerajaan
Baca Artikel Menarik:
- Fatin penyelam komersial yang ‘rare’, pendapatan lumayan
- Bapa bonceng jenazah anak 70 KM, tak mampu bayar ambulans
- Perogol tertangkap selepas pesan kebab
- Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu
- Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri
- Fakta Perceraian Siti Saleha dan Ahmad Lutfi
- Lelaki ditahan rogol adik kandung
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.