Fesyen PRN dari Zulwafi

Fesyen PRN dari Zulwafi

Tanah Merah: Tampil dengan pelbagai rekaan pakaian bertemakan logo pelbagai parti politik.

Itu antara kreativiti Mohd Zulwafi Ahmad Rosli, 29, bagi memeriahkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung kini.

Bukan hanya menjahit sendiri semua persalinan menggunakan bendera parti, dia turut menggayakannya persis seorang model.

Menurutnya, dia mendapatkan bendera parti daripada pos parti masing-masing secara percuma sebelum pulang ke rumah dan mula membuat lukisan kasar tema pakaian akan dihasilkan.

“Sebenarnya saya sudah menghasilkan pakaian seperti ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu membabitkan sembilan busana berbeza.

“Saya menggunakan pelbagai tema dan rekaan antaranya watak Maleficent, Barbie, pengantin, kimono dan ‘inspired look’.

“Antara yang menarik perhatian adalah pakaian pengantin yang saya hasilkan menggunakan bendera PAS sepanjang 22 meter selain watak Maleficent yang bertanduk dan agak sukar dihasilkan,” katanya ketika dihubungi di sini, tadi.

Mohd Zulwafi yang juga graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dalam jurusan fesyen berkata, dia memuatnaik hasil tangannya itu dalam TikTok dan mendapat banyak tontonan sekaligus memberi semangat kepadanya untuk menghasilkan lebih banyak lagi rekaan.

Dia yang menetap di Kampung Chawas, di sini, berkata, pelbagai komen diterima menerusi media sosial itu sama ada berbentuk pujian atau kecaman.

“Ada komen yang menuduh saya adalah ‘balaci’ kepada satu-satu parti politik selain mengecam mengatakan saya buat kerja yang tidak berfaedah.

“Bagaimanapun ramai juga yang memuji dengan mengatakan mereka terhibur di samping ada yang meminta untuk menghasilkan pakaian untuk mereka,” katanya. HM

Fesyen PRN dari Zulwafi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker