Jutawan hendak bayar hutang negara Indonesia

Jutawan hendak bayar hutang negara Indonesia

JAKARTA – Seorang lelaki jutawan dari Medan menjadi sensasi internet kerana mengeluarkan komen yang menyatakan bahawa dia ingin membayar hutang negara Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Indra Kenz, menerusi sebuah program bual bicara ditanya mengenai barangan yang ingin dibeli menggunakan wang miliknya, yang sehingga kini masih belum dapat dimiliki.

Dia kemudian menjawab tiada apa-apa yang ingin dibeli kerana semua keinginannya telah dipenuhi.

“Tiada apa-apa kerana semuanya telah saya beli. Cuma hutang negara sahaja yang saya belum bayar,” katanya sebagai menjawab pertanyaan pengacara program.

Indra yang digelar ‘Crazy Rich Medan’ itu kemudiannya disoal sekali lagi bagi mengesahkan jawapannya.

Secara bersahaja, Indra berkata, keinginan untuk membayar hutang negara akan dilakukannya nanti.

“Nantilah, secara berperingkat,” ujarnya.

Indra sebelum ini pernah dikritik hebat kerana mengeluarkan komen yang menyatakan bahawa kemiskinan merupakan satu keistimewaan.

“Sebenarnya, lahir sebagai orang miskin itu satu keistimewaan. Ini kerana individu itu dapat merasai perjuangan menuju kejayaan.

“Berbeza dengan yang dilahirkan dalam keluarga kaya, di mana mereka mempunyai tekanan mental yang besar. Kalau sudah lahir kaya, mereka tidak boleh menjadi miskin, sebaliknya perlu menjadi lebih kaya. Itu adalah cabarannya,” katanya. K Online

Jutawan hendak bayar hutang negara Indonesia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker