Tindakan terhadap Zuraida? Pimpinan Bersatu berbelah bahagi, kata sumber

Tindakan terhadap Zuraida? Pimpinan Bersatu berbelah bahagi, kata sumber

Kepimpinan Bersatu dikatakan berbelah bahagi sama ada ingin mengenakan tindakan terhadap Zuraida Kamaruddin selepas didakwa terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sumber dalaman parti itu berkata, beberapa pimpinan merasakan ketika ini bukan masanya mewujudkan lebih ramai musuh kerana Bersatu perlu menumpukan perhatian mengalahkan Umno dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti, termasuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Sekiranya beliau tidak menimbulkan masalah dan masih bersama dengan kita, jadi kita masih mendapat manfaat.

“Justeru, kita perlukan kerjasama dan lebih penting, rakan politik. Ia akan memperkukuh akar umbi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Bersatu bukan pada kedudukan terbaik bersama Umno dan “kami tidak mampu mewujudkan lebih ramai musuh”.

“Ada beberapa pimpinan yang mahu menyingkirkan Zuraida daripada jawatan menteri sebagai amaran kepada ahli parti supaya mengikut peraturan.

“Bagaimana tindakan itu akan menyelesaikan masalah? Adakah tindakan itu akan melemahkan kita?”

Sumber itu berkata, khabar angin membabitkan Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, akan menyertai PBM kuat bertiup selepas parti baharu berkenaan dibentuk hujung tahun lalu.

Sejak dilancarkan, bekas Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad, keluar Bersatu untuk menyertai PBM sebagai Setiausaha Agungnya. Beliau juga mengumumkan lebih 50,000 ahli Penggerak Komuniti Negara, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), yang dikaitkan dengan Zuraida, akan menyertai parti berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menafikan Zuraida mungkin dipecat, sambil mengatakan tiada bukti Zuraida menyertai PBM, lapor The Malaysian Insight.

Beliau bagaimanapun, mengakui pengasas PBM adalah rakan sekutunya, termasuk dua Ahli Parlimen Bebas, Larry Sng dan Steven Choong, yang mana kedua-dua mereka bersama PKR, begitu juga Zuraida.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, Bersatu juga sedang menunggu pendirian rasminya berhubung dakwaan hubungannya dengan PBM.

“Tiada keputusan dibuat berhubung kedudukannya dalam parti,” kata laporan itu.

Dalam pada itu, Hizwan enggan “ditarik” dalam kontroversi terbabit dan mengatakan ia adalah “perkara dalaman Bersatu, justeru parti itu perlu menyelesaikannya”.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 27 Okt lalu meluluskan permohonan menukar nama Parti Pekerja Sarawak (SWP) kepada PBM. FMT

Tindakan terhadap Zuraida? Pimpinan Bersatu berbelah bahagi, kata sumber


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker