Lelaki ditahan tidur dalam kereta rupanya buruan polis sejak 19 tahun lalu

GUA MUSANG – Seorang lelaki yang ditahan selepas dia dipercayai tertidur dan memberhentikan kereta di tepi jalan di Kampung Kubang Edang, Bechah Keranji dekat Kota Bharu kelmarin rupa-rupanya suspek buruan polis sejak 19 tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek yang berusia 38 tahun sebelum ini pernah ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) pada 2003 dan berjaya melarikan diri, namun tertinggal dokumen pengenalan dirinya.

Menurutnya, polis telah mengesan suspek selepas daripada kejadian itu, namun gagal sebelum berjaya menahan lelaki berkenaan kelmarin apabila penduduk Kampung Kubang Edang menemui sebuah kereta jenis Honda Civic dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek ditahan dalam keadaan lalok dan polis turut merampas dua buah telefon bimbit, ubat batuk dan sebanyak 10,000 biji pil epam yang dianggarkan bernilai RM30,200 bersamanya.

“Selain itu, kita turut merampas sepucuk pistol semi auto jenama Zaroki, dua kelopak berisi 10 butir peluru 9 milimeter, dua bilah pedang samurai dan satu plastik putih mengandungi cecair disyaki ubat batuk di dalam kereta tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini hari ini.

Shafien berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai membeli pistol dan peluru daripada seorang lelaki warga Thailand pada September tahun lalu pada harga RM2,200 untuk tujuan keselamatan diri.

Ujarnya, hasil soal siasat di lokasi dia ditahan, suspek telah membawa polis ke rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kereta itu ditemui.

Katanya, pemeriksaan di dalam rumah itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 10,000 biji pil epam dan wang tunai RM54,000 dipercayai hasil jualan dadah-dadah tersebut.

Tambahnya, suspek direman selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas dia dipercayai tertidur dan memberhentikan kereta yang dipandunya di tengah-tengah jalan di Kampung Kubang Edang kelmarin.-K!ONLINE

Lelaki ditahan tidur dalam kereta rupanya buruan polis sejak 19 tahun lalu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker