Detik cemas kereta hampir terjunam ke laut

Detik cemas kereta hampir terjunam ke laut

KOTA KINABALU: Dua pelajar berdepan detik cemas selepas kereta mereka naiki terbabas ke tebing dan hampir terjunam ke dalam laut di Jalan Tun Fuad Stephen, Tanjung Lipat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, pemandu lelaki dan penumpang wanita masing-masing berusia 19 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Jo Ak Hang, berkata siasatan mendapati pemandu bersama seorang penumpang menaiki Toyota Camry dari arah pusat bandar raya menuju ke Likas.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, selepas lampu isyarat SICC, pemandu kereta itu dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Kereta dipandu lelaki terbabit telah termasuk ke dalam parit di bahu kiri jalan sebelum terjatuh ke kawasan batu di tebing laut.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan sebagai pesakit luar dan doktor memaklumkan kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ak Hang berkata, akibat kejadian itu juga, kereta dipandu lelaki terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan bawah kenderaan.

“Siasatan masih diteruskan dan sehingga jam 5 petang tadi, pemandu masih belum membuat laporan polis,” katanya. BH

Detik cemas kereta hampir terjunam ke laut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker