Lelaki Myanmar mati dalam pergaduhan (Video)

Lelaki Myanmar mati dalam pergaduhan (Video)

SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kematian rakan senegaranya di belakang sebuah hotel di Bandar Sunway Seberang Jaya di sini semalam.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan mukanya berlumuran darah kira-kira pukul 2.45 petang.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai warga Myanmar berusia 40-an yang telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa disyaki telah ditetak menggunakan senjata tajam oleh rakan senegaranya dalam kejadian pergaduhan.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi urusan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek berusia 30-an yang ditahan turut mengalami kecederaan parah pada kepala, manakala punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.



Menurut Shafee lagi, pihaknya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Mohd. Hidayat Saridin di talian 019-4474040 atau 04-5382222.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. K Online

Lelaki Myanmar mati dalam pergaduhan (Video)


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah



‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker