Hadi kembali menyerang UMNO

Hadi kembali menyerang UMNO

Sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS mahu mengembalikan Umno ke pangkal jalan bagi perpaduan Melayu, tanpa meninggalkan masyarakat majmuk dalam Perikatan Nasional (PN), termasuk dalam Muafakat Nasional (MN) dan Bersatu, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS berkata, parti itu juga pernah menyelamatkan negara apabila bersama menubuhkan Barisan Nasional (BN) selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969.

“Hal ini disebabkan gabungan Parti Perikatan sudah tidak relevan lagi dalam konteks masyarakat majmuk pada waktu itu.

“Adapun Umno yang tersungkur di Singapura pula terus berkubur di sana, dan tersingkirnya Singapura daripada bersama Malaysia merupakan dosa Umno,” katanya dalam kenyataan disiarkan Harakah.

Hadi berkata, PAS tidak pernah sekali-kali berputus asa untuk menyelamatkan keadaan, walaupun beberapa kali bersama Umno yang masih lagi tidak insaf terhadap kesilapannya, tetapi masih mahu memaksa PAS dengan pendekatannya yang salah.

“Akan tetapi, Umno masih lagi membawa pendekatan asabiyyah Melayu yang hanya melibatkan Umno dan PAS sahaja serta meminggirkan sahabatnya sendiri daripada kalangan Bersatu,” katanya.

Beliau ketika mengulas lanjut berkata pendekatan BN dianggap sudah tidak lagi relevan.

“Semua mengetahui mengapa Umno mahukan PAS sahaja dan PAS sekali-kali tidak boleh diperbodohkan dalam politik yang sempit,” katanya.

Hadi berkata, dalam pendekatan yang berjaya menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, PAS terlebih dahulu mengadakan hubungan dengan Bersatu yang ketika itu masih berada dalam kerajaan, sebelum Umno turut bersama selepas pilihan raya umum ke-14 baru sahaja berlangsung.

“Demikian itu, disebabkan oleh kedudukan sebahagian pemimpin Bersatu sebelumnya bersama Umno yang bertindak keluar daripada parti itu, ketika Umno sedang bermasalah dalam pentadbiran kerajaannya sehingga jatuh kerajaan itu,” katanya.

Katanya, PAS menolak tawaran untuk bersama PH yang salah hala tujunya. Malah, tidak bersama Umno melalui pendekatan BN yang telah bocor bahteranya kerana PAS tidak mahu tenggelam bersama.

“Walaupun terdapat segelintir ahli PAS yang digoda supaya mengubah ‘road map’ dan hala tuju PAS, namun yang tergoda itu akan kembali ke pangkal jalannya, atau terpelanting jatuh disambar jerung, atau tenggelam dalam gelombangnya sepertimana mereka yang pernah melakukannya dahulu,” katanya. FMT

Hadi kembali menyerang UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker