JPJ yang uji pemandu, bukan kami, kata institut memandu

JPJ yang uji pemandu, bukan kami, kata institut memandu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima kecaman kerana bercadang menghukum institut memandu atas kesalahan lalu lintas dan nahas jalan raya yang disebabkan bekas pelajar mereka.

Pengarah Operasi Safety Driving Centre CT Balan berkata, JPJ tidak berhak berbuat demikian kerana pegawainya sendiri adalah penilai akhir pelajar.



Baru-baru ini, JPJ mengumumkan ia merancang untuk menggantung atau membatalkan permit institut memandu di mana ramai pesalah trafik menamatkan latihan.

Ketua Pengarah JPJ Zailani Hashim berkata, kod akan diletakkan di lesen memandu bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan di mana pesalah itu menerima latihan pemanduan.

Balan berkata, tindakan JPJ menghukum institut memandu yang mematuhi sukatan pelajaran dan garis panduan yang disediakan jabatan itu adalah salah.

“Bagaimana JPJ boleh hukum institut memandu apabila kami ikut sukatan pelajarannya?



“Malah, penilai terakhir yang memeriksa kecekapan pemandu dan pematuhan kepada semua peraturan jalan raya adalah daripada JPJ sendiri,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, JPJ dan pihak berkuasa lain berkaitan harus menumpukan pada penambahbaikan penguatkuasaan, bukan menyalahkan institut memandu atas bilangan nahas dan kesalahan jalan raya yang tinggi.

“Penguatkuasaan sangat longgar dan pesalah jalan raya dengan mudah terlepas dengan hukuman ringan atau tiada langsung,” katanya.

“Pihak berkuasa mesti lebih tegas dan konsisten dalam menguatkuasakan undang-undang.”



Antara Jan dan Sept 2021, sebanyak 255,532 nahas jalan raya dan 3,302 kematian akibatnya dilaporkan.

Balan berkata, JPJ harus menangani jumlah nahas dan kesalahan jalan raya yang tinggi dengan memperkenalkan kursus pemanduan defensif mandatori bagi semua pemandu selepas tempoh lesen percubaan selama dua tahun.

“Jika pemandu dikehendaki kembali untuk mengambil kursus pemanduan defensif, mereka boleh menyegarkan ilmu tentang peraturan jalan raya dan berasa lebih yakin ketika mengendalikan kenderaan dan mengenai pengetahuan tentang keselamatan jalan raya,” katanya.

Law Teik Hua, yang mengetuai Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, bersetuju bahawa langkah JPJ untuk menghukum institut memandu tidak adil.



Beliau berkata, langkah sedia ada untuk menangani isu itu perlu dilaksanakan dengan lebih baik.

“Kita perlu fikir mengenai Sistem Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), yang masih wujud tetapi nampaknya tidak berkesan,” katanya.

“Alatnya wujud. Mengapa tidak memperbaikinya dan menampakkannya kepada orang ramai?” FMT

JPJ yang uji pemandu, bukan kami, kata institut memandu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah



Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker