Huawei heret Sweden ke mahkamah

BEIJING – Huawei Technologies Co. memulakan prosiding timbang tara terhadap Stockholm di bawah Kumpulan Bank Dunia selepas gergasi teknologi China berkenaan dilarang memasarkan rangkaian produk 5Gnya di Sweden, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

“Keputusan pihak berkuasa Sweden untuk mendiskriminasi Huawei dan mengecualikannya daripada pelancaran 5G dengan ketara telah menjejaskan pelaburan Huawei di Sweden serta melanggar kewajipan antarabangsa negara itu,’’ demikian menurut kenyataan Huawei  kepada agensi berita AFP.

“Justeru, Huawei telah memulakan prosiding timbang menerusi Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID) di bawah Kumpulan Bank Dunia terhadap kerajaan Sweden,’’ tambah syarikat berpangkalan di China itu.



Huawei tidak menyatakan kerugiannya tetapi menurut stesen televisyen SVT, jumlah awal kerugian yang berlaku adalah sebanyak AS$550 million (RM2.3 bilion) dan diramal akan meningkat.

Pada pertengahan 2020, Sweden menjadi negara kedua di Eropah selepas Britain dan yang pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang secara langsung melarang pengendali-pengendali rangkaian daripada menggunakan peralatan Huawei untuk membina infrastruktur diperlukan bagi memperkenalkan rangkaian 5Gnya.

Dalam pada itu, Sweden turut mengarahkan Huawei untuk mengalih keluar peralatan yang telah dipasang sebelum 1 Januari 2025.

Perkara tersebut diputuskan oleh mahkamah Sweden menerusi Pihak Berkuasa Pos dan Telekom Sweden (PTS) pada Jun 2021 selepas rayuan dibuat oleh Huawei.



Keputusan itu telah merenggangkan hubungan antara Sweden dan China dengan Beijing ketika itu memberi amaran bahawa keputusan PTS mungkin mendatangkan kesan kepada syarikat-syarikat Sweden  di China termasuk firma Ericsson. – Agensi

Huawei heret Sweden ke mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?



Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker