Harga telur kekal, harga ayam dikurangkan – PM

Harga telur kekal, harga ayam dikurangkan – PM

Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan RM9.10 sekarang menjadi RM8.90.

Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan hari ini turut memutuskan harga telur ayam semua gred kekal mengikut harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Pelaksanaan kedua-dua harga tersebut bermula 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri itu turut mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan subsidi bagi memastikan harga ayam dan telur kekal mengikut SHMKM.

“Perincian subsidi akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil,” katanya.

Ismail-ayam-3.jpg?resize=640%2C419&ssl=1
Ismail Sabri mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan.- Foto Pejabat Perdana Menteri
Ismail Sabri berkata, tindakan proaktif perlu dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan harga ayam dan telur berpatutan namun dalam masa sama industri penternakan tidak terjejas dan sekali gus dapat memastikan bekalan kekal stabil.

Kerajaan turut membuat keputusan untuk membuka Permit import ayam bulat kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam, berbanding sebelum ini mereka hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain.

Selain itu, AP mengimport ayam juga dibuka kepada pengusaha pasar raya besar.

“Mesyuarat mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.

“Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang melibatkan 222 Parlimen perlu dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan Kementerian-Kementerian terbabit bagi membantu Keluarga Malaysia mendapatkan barangan asas pada harga lebih murah,” katanya.

Selain itu Kedai Harga Patut juga akan diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di sesebuah kawasan.

Mesyuarat itu turut mengarahkan Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam.

Kata Ismail Sabri, permohonan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh untuk industri itu juga telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Januari lalu.

Selain itu, koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga.

Mesyuarat yang turut dihadiri Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu juga membincangkan langkah jangka panjang bagi mengurangkan tekanan kenaikan harga ayam dan telur.

Ini termasuk menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam.

Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.

Langkah jangka panjang juga memastikan jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan Keluarga Malaysia untuk membeli.

Ismail Sabri berkata, pelan tindakan jangka panjang itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat NACCOL akan datang. MG

Harga telur kekal, harga ayam dikurangkan – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker