MN hanya tinggal nama, isi sudah berkubur – penganalisis

MN hanya tinggal nama, isi sudah berkubur – penganalisis

Penganalisis politik menyifatkan gagasan Muafakat Nasional (MN) membabitkan Umno dan PAS, sudah pun berkubur dan hanya tinggal nama susulan pertembungan dua parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Keadaan MN sekarang seolah-olah bak kata pepatah Cina, “nama masih wujud tetapi isinya telah mati, di mana kedua-dua parti gabungan sudah bertembung dalam PRN Melaka, dan episod sama akan berulang di PRN Johor,” kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura kepada FMT.

Oh berkata, tetapi tidak mustahil pada masa akan datang, PAS dan Umno sekali lagi membentuk dan mengekalkan sebuah kerajaan Melayu-Muslim apabila jumlah kerusi masing-masing tidak mencapai majoriti dikehendaki.

“Jika jumlah kerusi masing-masing tidak mencapai majoriti, maka kemungkinan mereka untuk bergabung sekali lagi untuk membentuk dan mengekalkan sebuah kerajaan Melayu-Muslim sememangnya masih besar,” katanya.

Semalam, PAS dan Bersatu mengumumkan akan bertanding dalam PRN Johor di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata semua parti dalam komponen akan bertanding di bawah satu logo gabungan parti itu.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ariff Aizuddin Azlan, berkata PRN Johor menyerlahkan bahawa masa depan MN kini semakin malap.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pakatan tersebut mungkin tidak dapat bekerjasama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ini berdasarkan ketegasan yang dipamerkan Umno di mana parti tersebut yakin untuk bergerak secara solo dalam PRN Johor dan merasakan bahawa mereka dapat mengulangi episod kemenangan mereka sewaktu PRN Melaka tempoh hari.

“Di samping itu, Umno bersikap tegas di dalam hal yang berkait rapat dengan posisi Bersatu, di mana parti itu dilihat sebagai halangan utama Umno untuk kekal selesa sama ada di dalam konteks negeri mahupun persekutuan,” katanya.

Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula berkata, apa pun tujuan Bersatu untuk bergabung dengan PAS, Umno tetap berpeluang cerah di Johor.

Katanya, kepimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dari Umno-BN dilihat semakin popular ditambah dengan gabungan ketokohan Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan mantan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

“Di pihak PAS sejak dulu, mungkin setakat menang satu kerusi seperti sebelum ini.

“Sebenarnya Bersatu tidak akan beruntung bersama PAS yang bakal menyumbang kepada kekalahan PN.

“Selepas itu adalah antara BN dan PN sama ada untuk bergabung tubuh kerajaan jika salah satu daripada mereka tidak mendapat majoriti kerusi,” katanya. FMT

MN hanya tinggal nama, isi sudah berkubur – penganalisis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker