Mazlan, Izhar tak mohon sertai UMNO

Mazlan, Izhar tak mohon sertai UMNO

Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU yang mengumumkan keluar parti, tidak memohon menyertai UMNO setakat ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pihaknya tidak menerima permohonan daripada kedua-dua ADUN berkenaan.

“Belum ada, mereka tidak ada menghantar permohonan untuk sertai UMNO,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama Jawatankuasa Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia dan ketua bahagian parti itu di sini, hari ini.



Semalam, ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, mengumumkan keluar daripada BERSATU.

Ia menyusuli tindakan Ketua Bahagian BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang, yang meletak jawatan ketua bahagian dan keluar parti itu, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Mazlan yang juga bekas ADUN Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, dilaporkan tidak menyertai mana-mana parti setakat ini namun menyokong kerajaan BN.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, merakamkan penghargaan kepada kedua-dua ADUN berkenaan yang menyatakan sokongan terhadap BN dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.



“Tiada habuan ditawarkan atau dijanjikan kepada kedua-dua ADUN berkenaan.

Mereka membuat keputusan secara sukarela, suci hati dan tanpa dijanjikan apa-apa tawaran kerana yakin dengan kerajaan pimpinan BN.

“Terima kasih atas sokongan dan keyakinan mereka, ia amat bermakna bagi UMNO dan BN,” katanya. BH

Mazlan, Izhar tak mohon sertai UMNO




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker