Hamid Bador bertanding di Rembau sebagai calon GTA
#PRU15
Hamid Bador bertanding di Rembau sebagai calon GTA
Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan mengesahkan bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador, disenaraikan parti itu sebagai calon bertanding di Parlimen Rembau, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata timbalan pengerusi negeri, Mohamad Jani Ismail.
Katanya, selain Abdul Hamid, turun dicalonkan bertanding mewakili GTA di Port Dickson adalah pelakon dan juga pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
“Kedua-dua nama individu berkenaan termasuk dalam senarai yang saya bawa ke peringkat pucuk pimpinan sebagai calon GTA Negeri Sembilan menerusi Pejuang.
“Keputusan sama ada Abdul Hamid terpilih calon bertanding di Parlimen Rembau dan Ahmad Idham bagi kerusi Parlimen Port Dickson akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti,” katanya menurut Berita Harian.
Ads by Kiosked
Mengulas lanjut, Jani yang juga ketua Pejuang Negeri Sembilan, berkata GTA perlu meletakkan nama besar seperti Abdul Hamid dan Ahmad Idham bagi memberikan saingan sengit di kedua-dua kerusi berkenaan.
“Bagi saya buat masa ini dialah (Abdul Hamid) calon paling terbaik untuk GTA di Parlimen Rembau, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dikhabarkan akan bertanding di situ kali ini,” katanya.
Beliau berkata, walaupun keputusan muktamad akan ditentukan pucuk pimpinan tidak lama lagi, namun Ahmad Idham yang baharu dilantik sebagai ketua penerangan GTA Negeri Sembilan, dilihat tokoh yang boleh memberikan saingan di kerusi Port Dickson.
“Kita (GTA) perlu letakkan nama besar seperti Abdul Hamid dan Ahmad Idham untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini,” katanya.
Sementara itu, Jani berkata, GTA Negeri Sembilan menyambut baik dan menyokong hasrat gabungan itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.
“GTA Negeri Sembilan sambut baik usaha menjalinkan kerjasama dengan PN dan yakin ia dapat memperkukuhkan lagi gerak kerja jentera pilihan raya bagi mencapai kemenangan besar,” katanya.
Ads by Kiosked
Katanya, pelancaran jentera pilihan raya gabungan itu bagi peringkat Negeri Sembilan dijadual akan diadakan pada 23 Okt.
“Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan hadir dan melancarkan program berkenaan, yang diadakan di Senawang,” katanya. FMT
Hamid Bador bertanding di Rembau sebagai calon GTA
Baca Artikel Menarik:
- Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?
- Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN
- Anne Ngasri bantu jentera parti
- Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO
- BN sasar sekurang-kurangnya 112 kerusi – Tok Mat
- 200 kerusi disedia, hanya 50 hadir perhimpunan pra-Deepavali PH
- Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari
- Latiff takut nak bertanding?
- Tengku Zafrul dedahkan sebab sertai BN bukan PN
- Isu CIkgu Mohd Fadli, Ismail Sabri terus hubungi Ketua Pengarah Pendidikan
- PH Tak Bubar DUN Sibuk Pasal Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi
- Siasah UMNO Berakar Umbi… Jangan Lupa Hinaan Pakatan Harapan Untuk Penjawat Awam
- Zahid Hamidi umum BN bakal bertanding 191 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”
Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO
Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu
You must be logged in to post a comment.