Ini punca sebenar kematian ‘Atlet Pemanah Negara’

Kematian pemanah negara Haziq Kamaruddin semalam adalah disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis, demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini.

Kenyataan itu memetik Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Datuk Dr Zahari Noor yang berkata hingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian Olimpian berusia 27 tahun itu berkait langsung dengan vaksinasi Covid-19.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah ujian calitan Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut. Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisis makmal,” kata Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik itu.

Kanak-kanak putus 3 jari terkena mercun bola

Haziq yang pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik London 2012 dan Rio 2016, dilaporkan rebah di rumahnya pada kira-kira 8 pagi semalam, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 1.40 pagi tadi selepas selesai dibedah siasat di Hospital Kajang malam tadi.

Haziq antara lebih 200 atlet dan pegawai yang terlibat dalam persediaan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang melengkapkan dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada 4 Mei lalu.

Sepanjang sedekad mewakili negara, Haziq pernah meraih pingat emas pada Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa Piala Asia 2019 di Filipina, selain meraih empat emas dan dua perak menerusi acara individu dan berpasukan di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019.

– Bernama

Tiada Arahan Parti Jemput Dap Hadir Program – Fitnah !

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker