Kanak-kanak putus 3 jari terkena mercun bola

PETALING JAYA: Kanak-kanak putus 3 jari terkena mercun bola. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, putus tiga jari tangan kanannya, selepas terkena mercun bola Rabu lalu.

Ibu saudara mangsa, Wan Rahimah Wan Noh, 31, berkata kejadian itu kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan Nor Syam Syah Kimiee Ahama putus jari telunjuk, jari hantu dan jari manis.

Katanya, Nor Syam Syah keluar bermain mercun dengan anak sulungnya, Aefan Rasha Adnan, 13, dan beberapa rakan lain di kawasan sungai kira-kira 1km dari rumah mereka.

“Ketika kejadian, Nor Syam Syah ingin melihat mercun bola yang dinyalakan kerana menyangka ia tidak menjadi (tidak meletup), tetapi sebaik saja dia mendekati mercun itu, letupan berlaku.

“Letupan itu menyebabkan tiga jari Nor Syam Shah putus dan dia hanya mampu berkata Subhanallah berkali-kali…seorang daripada rakan mereka segera membawa dia pulang ke rumah keluarganya sebelum dibawa ke klinik berdekatan,” kata wanita itu di rumahnya hari ini.

Nor Syam Syah Kimiee Ahama putus jari telunjuk, jari hantu dan jari manis. (Gambar Bernama)

Kejadian yang menimpa Nor Syam Shah turut tular di aplikasi WhatsApp hari ini.

Wan Rahimah dipetik Bernama berkata, lebih mengerikan, seorang rakan anaknya membawa pulang sebatang jari Nor Syam Syah yang hancur dan diletakkan dalam plastik, manakala dua lagi jarinya tidak dijumpai.

“Saya terus mengajaknya mencari dua lagi jari Nor Syam Syah yang tidak dijumpai. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika mencari, kedua-dua jarinya itu berjaya dijumpai.”

https://mykmu.net/2021/05/14/perumahan-perubatan-dan-hospital-jadi-fokus-aman-palestin/

Katanya, Nor Syam Syah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu dan dalam keadaan stabil.

Ibu Nor Syam Syah, Wan Munirah Wan Noh, 40, ketika dihubungi reda, walaupun dukacita dengan kejadian yang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Alhamdulillah, Nor Syam Syah sekarang baik, walaupun dia masih terkejut dengan kejadian itu. Saya juga ingin menasihati kanak-kanak lain di luar sana untuk sentiasa berhati-hati ketika bermain mercun agar kejadian yang berlaku ini tidak akan menimpa orang lain pula.”

Kanak-kanak putus 3 jari terkena mercun bola


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Rina berlakon rider FoodPanda – Di kecam Netizen [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker