4,140 lagi positif, Lembah Klang catat 1,928 kes baru

Sebaran :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 4,140 kes Covid-19 baru.

Selangor menyumbang jangkitan baru tertinggi iaitu sebanyak 1,507, diikuti Johor (433), Kuala Lumpur (398) dan Pulau Pinang (338).

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.



Laporan ini akan dikemas kini dengan perincian lanjut sebaik kenyataan penuh KKM dikeluarkan.

 

Kes berdasarkan negeri:

Selangor (1,507)
Johor (433)
Kuala Lumpur (398)
Pulau Pinang (338)
Sarawak (324)
Kedah (239)
Negeri Sembilan (190)
Perak (182)
Terengganu (119)
Pahang (116)
Kelantan (109)
Melaka (97)
Sabah (60)
Putrajaya (23)
Labuan (3)
Perlis (2)



Tiada Arahan Parti Jemput Dap Hadir Program – Fitnah !

 


Sebaran :

Leave a Reply