Wanita dirogol beramai-ramai, diaibkan, diarak di jalanan

Wanita dirogol beramai-ramai, diaibkan, diarak di jalanan

NEW DELHI: 11 orang termasuk tujuh wanita ditahan selepas seorang ibu muda berusia 20 tahun diculik, dirogol beramai-ramai dan kemudian diarak di jalanan di New Delhi pada siang hari, kata polis India hari ini.

Kes terbaru keganasan seksual di India itu mendapat kecaman meluas termasuk Suruhanjaya Wanita Delhi dan Ketua Menteri Delhi, yang menyifatkannya sebagai ‘memalukan’.

Rakaman di media sosial yang tidak dapat disahkan menunjukkan muka mangsa dihitamkan dengan dakwat dan rambutnya dicukur sebelum ditolak dan dicemuh oleh beberapa wanita ketika penonton bersorak, malah merakamnya menerusi telefon.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, R Sathiyasundaram, berkata kes di daerah Shahdara di timur Delhi kelmarin itu adalah akibat ‘permusuhan masa lampau’ antara jiran.

Beliau enggan mengulas lanjut tetapi menurut laporan media, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun membunuh diri dengan melompat di hadapan kereta api selepas wanita yang sudah berkahwin itu menolak cintanya.

Tindakan itu menyebabkan ahli keluarga remaja lelaki terbabit, yang kebanyakannya terbabit dalam jualan arak haram, bertindak membalas dendam atas kematiannya.

“Kesemua 11 yang ditahan termasuk dua kanak-kanak bawah umur, yang tidak boleh dibicarakan sebagai orang dewasa, adalah dari satu keluarga dan video jelas menunjukkan bahawa mangsa ada di situ,” katanya.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia diculik oleh ahli keluarga remaja lelaki terbabit sebelum dirogol oleh beberapa lelaki dan kanak-kanak di bawah umur, dikasari oleh wanita dan kemudian dipukul dengan kayu serta diarak di jalanan.

“Kami sedang meneliti video untuk mengenal pasti orang lain yang terbabit dan akan ada lebih banyak tangkapan,” kata pesuruhjaya tambahan polis Delhi, Chinmay Biswal, kepada AFP.

Mangsa yang mempunyai seorang anak berusia dua tahun itu kini menerima kaunseling selepas tragedi yang dilaporkan berlaku hanya 50 meter dari sebuah pondok polis.

Undang-undang rogol India diubah selepas kes rogol beramai-ramai pada 2012 menjadi terkenal di New Delhi tetapi sehingga kini jumlah kesalahan masih tinggi, dengan lebih 28,000 kes rogol dilaporkan pada 2020.

Banyak lagi yang dianggap tidak dilaporkan dan polis juga lama dituduh tidak mengambil tindakan tegas untuk mencegah jenayah kekerasan dan gagal membawa kes serangan seksual ke mahkamah. BH

Wanita dirogol beramai-ramai, diaibkan, diarak di jalanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker