Resolusi PAS-Bersatu adalah talkin buat Muafakat Nasional
Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, hari ini mengucapkan syukur selepas membaca resolusi yang dikeluarkan Bersatu serta PAS hasil muzakarah kedua-dua parti pada semalam dan hari ini.
Malah kata Nur Jazlan, berdasarkan kepada apa yang terkandung dalam resolusi berkenaan, bolehlah dikatakan ia menjadi penamat kepada kewujdan Muafakat Nasional.
“Alhamdulillah, talkin buat MN,” katanya kepada Malaysiakini petang tadi.
Terdahulu Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin membacakan tujuh resolusi yang dicapai dalam pemukiman pemimpin tertinggi PAS dan Bersatu di Shah Alam.
Antara lain PAS serta Bersatu mengulang ingat akan persetujuan mereka memberi sokongan kepada Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri adalah bersyarat.
Resolusi itu juga secara rasmi menyatakan PAS – yang sebelum ini menyertai Umno dalam Muafakat Nasional (MN) – akan sekali lagi bertanding bersama Bersatu menggunakan panji-panji PN.
Untuk rekod PAS serta Bersatu sebelum ini secara terbuka menyatakan rasa tidak setuju mereka dengan langkah Umno membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN) di Johor.
Kata Nur Jazlan, MN dikuburkan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, apabila ahli parlimen Marang itu memilih untuk bersama PN menghadapi pilihan raya, dan pada masa sama mengugut untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.
Pun begitu, menurut bekas ahli parlimen Pulai itu lagi, Umno bersedia jika PN menarik balik sokongan mereka kepada Ismail Sabri kerana langkah itu hanya akan membuka jalan kepada pilihan raya umum (PRU) diadakan.
Dia juga mendakwa tindakan beberapa wakil rakyat Bersatu meninggalkan parti itu sejak akhir-akhir ini sebagai tanda kekecewaan mereka kepada Muhyiddin.
Di pihak PAS pula, kata Nur Jazlan, sedang berlaku pertentangan dalaman ke atas pemimpin parti itu yang didakwanya berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap Abdul Hadi dan penyokongnya.
“Umno dan BN terpaksa bergerak sendiri sekarang dan pada masa sama menunggu untuk Bersatu dan PAS menarik sokongan daripada kerajaan pusat.
“Dengan cara itu rakyat boleh memilih parti yang mampu memimpin negara dan mereka bukanlah Bersatu dan PAS yang suka dengan perangai ‘mutaah politik’ apabila gemar bernikah dan bercerai mengikut kepuasan pemimpin sambil meninggalkan kesan buruk kepada pasangan yang tertipu,” katanya.
Resolusi PAS-Bersatu adalah talkin buat Muafakat Nasional
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis
You must be logged in to post a comment.