Reformasi bukan lagi naratif PKR, UMNO yang usahakan undang-undang lompat parti, dana politik

Reformasi bukan lagi naratif PKR, UMNO yang usahakan undang-undang lompat parti, dana politik

Agenda pembaharuan bukan lagi mutlak diperjuangkan pembangkang, kerana Umno kini turut mempelopori idea-idea progresif, kata Naib Presiden Umno, Khaled Nordin.

Bekas Menteri Besar Johor itu dalam temubual eksklusif FMT berharap para pengundi akan ingat betapa lemahnya pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 bulan gabungan itu memerintah negara apabila membuang undi pada PRN nanti.



Tegasnya, satu undi untuk gabungan pembangkang itu akan sekali lagi melahirkan kerajaan yang gagal.

“Dulu, reformasi ini monopoli PKR, tetapi anda sendiri nampak bahawa parti itu tidak lagi menguasai naratif reformasi,” kata Khaled kepada FMT. “Kita boleh lihat bagaimana Umno mempelopori perubahan.”

“Umno yang nak supaya ada usaha untuk menyekat lompat parti. Umno juga yang mempelopori soal pendanaan politik, dan Umno akan teruskan (usaha ini),” katanya, sambil menyenaraikan beberapa inisiatif Umno.

Khalid ditanya tentang rasa sinis kalangan umum mengenai mesej pembaharuan Umno kerana kes rasuah melibatkan pemimpin kanan Umno.



“Biarlah mereka lalui proses keadilan. Yang penting, Umno juga menghormati kebebasan badan kehakiman,” katanya.

Sejurus kemenangan bergaya Barisan Nasional pada PRN Melaka, yang menyaksikan gabungan itu meraih majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berikrar akan melaksanakan tiga perubahan penting iaitu undang-undang lompat parti, peruntukan sama rata untuk para wakil rakyat, dan undi percaya yang membina.

Khaled berkata Umno tidak boleh hanya bergantung pada kelemahan Pakatan Harapan menjelang PRN Johor kelak, dan berharap rakyat boleh nampak Umno berkebolehan untuk mentadbir negara dan melaksanakan perubahan.

“Berasas kepada rekod prestasi dan keupayaan kita – untuk perbaiki, perbetul, dan bina semula kerajaan,” katanya.



Salah satu sebab PH tidak berjaya memerintah negara kerana platform gabungan itu semata-mata untuk mengalahkan BN. Gabungan itu juga, katanya, tidak sefahaman.

“Dengan pelbagai parti yang mempunyai prinsip perjuangan yang berbeza-beza, bagaimana anda mahu jayakannya? Mereka tak fikir (secara mendalam) bahawa dia (komponen-komponen PH) berbeza,” katanya.

Demikian itu, sepanjang PH memerintah gabungan itu asyik bercakap tentang pentadbiran BN yang lepas-lepas dan bukan tentang mentadbir negara dan menambah nilai.

Khaled merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, dan menyandang DUN Permas sehinggalah beliau tewas pada PRU 2018.



Rakyat Johor akan memilih wakil-wakil baharu mereka ekoran pembubaran DUN minggu lepas. Pemerhati menjangkakan keputusan PRN itu nanti akan menentukan bila PRU akan diadakan. FMT

Reformasi bukan lagi naratif PKR, UMNO yang usahakan undang-undang lompat parti, dana politik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker