PAS tanding guna logo PN tidak mengejutkan – Tok Mat

PAS tanding guna logo PN tidak mengejutkan – Tok Mat

UMNO tidak terkejut dengan keputusan PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Muhamad Hasan, berkata ini kerana parti itu adalah komponen dalam gabungan PN.

“Tidak ada apa-apa yang luar biasa. PAS dan BERSATU adalah anggota PN.

“Sudah semestinya mereka bergabung di bawah PN pada PRN Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi,” katanya kepada BH, hari ini.

PAS dan BERSATU pada sidang media hari ini mengesahkan kedua-dua parti itu akan bertanding menggunakan logo PN pada PRN Johor.

Pengerusi PN yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu dipersetujui PAS menerusi resolusi muzakarah kedua-dua parti hari ini.

PAS dan BERSATU turut sepakat akan memperkukuhkan jalinan kerjasama sebagai satu pasukan sehingga ke peringkat akar umbi.

PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Januari lalu.

Susulan pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari depan bagi menentukan tarikh penting seperti hari penamaan awal, mengundi awal dan mengundi biasa.

Mesyuarat akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh itu antara lain membincangkan tarikh bagi writ pilihan raya dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi mendepani PRN berkenaan. BH

PAS tanding guna logo PN tidak mengejutkan – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker