Adun Larkin sah keluar Bersatu

Adun Larkin sah keluar Bersatu

SELEPAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khamis lalu, kali ini tiba giliran ADUN Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad melakukan tindakan serupa.

Pengumuman dilakukan Mohd. Izhar itu sekali gus mengesahkan khabar angin yang bertiup kencang sejak awal minggu ini bahawa tiga ADUN Bersatu Johor bakal meninggalkan parti itu.

Seorang lagi ADUN yang dikatakan bakal membawa haluan yang sama adalah ADUN Endau, Alwiyah Talib.



Menjelaskan mengenai keputusan itu, Mohd. Izhar menegaskan terpaksa mengambil tindakan sedemikian setelah melihat Bersatu telah hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya.

Malah, kata beliau, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja gagal membawa parti ke tahap lebih baik, tetapi tidak berusaha memulihkannya selepas perpisahan dengan kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Februari 2020.

Mohd. Izhar berkata, sikap yang ditunjukkan Muhyiddin itu telah merencatkan perkembangan parti dan menjejaskan idealisme perjuangan Bersatu sekali gus memberi kesan kepada rakyat terutama orang Melayu dan kepentingan Islam.

“Dengan kata lain, antara faktor utama saya meninggalkan Bersatu adalah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Muhyiddin,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.



Mengulas lanjut, Mohd. Izhar turut mengumumkan mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Larkin mahu pun bertanding dalam mana-mana kawasan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mohd. Izhar malah secara terbuka menyeru semua pengundi dan penyokongnya khususnya dalam DUN Larkin untuk memberi undi kepada calon yang bakal diletakkan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, demi kestabilan politik dan kemajuan Johor, BN perlu diberi laluan untuk memerintah bagi memastikan usaha membantu rakyat keluar daripada pandemik dan kemelut ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Beliau malah mengatakan, satu-satunya parti yang boleh menyatukan orang Melayu adalah BN.



“Atas kesedaran dan keinsafan ini, saya juga akan terus membantu UMNO untuk kembali ke landskap yang lebih baik.

“Saya akan bersama-sama rakyat untuk memperjuangkan agenda rakyat, orang Melayu, Islam dan keseluruhannya negeri Johor,” jelas beliau.

Ketika ditanya ada lagi individu yang bakal mengikut jejak langkahnya keluar daripada Bersatu, Mohd. Izhar mengatakan tunggu dan lihat sahaja.

“Saya tegaskan saya tak pernah berbincang dengan sesiapa pun. Mazlan pun tak pernah berbincang dengan saya. Kami buat atas kesedaran sendiri.

“Saya tak nak menjanjikan apa-apa (ada lagi keluar). Kita lihat sahaja,” katanya.

Ketika ditanya hala tuju seterusnya, Mohd. Izhar secara berseloroh berkata mahu menutup aplikasi Waze supaya tiada orang mengetahui langkahnya.

“Beri saya masa untuk menenangkan minda. Sekiranya saya mahu meneruskan perjuangan ini, saya perlu membuat analisis untuk memastikan parti yang saya sertai adalah parti terbaik yang berkhidmat untuk rakyat.

“Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mohd Izhar yang mewakili Pakatan Harapan (PH atas tiket BERSATU memenangi kerusi DUN Larkin dengan 25,012 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS dengan majoriti 8,590.

Khamis lalu, Ketua BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang, meletak jawatan sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Mazlan yang juga ADUN Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, dilaporkan tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyokong kerajaan BN.

Adun Larkin sah keluar Bersatu

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker