MUDA sah bertanding dalam PRN Johor
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata ia sekali gus menjadikan PRN Johor sebagai negeri pertama parti itu bertanding.
“Muda secara rasminya akan bertanding dalam PRN Johor 2022. Johor adalah permulaan bagi Muda. Muda adalah perubahan bagi Johor.
“Jadi, marilah kita bersama-sama membina Johor yang bersatu padu dan sejahtera. Mari Bersama Muda,” kata Syed Saddiq menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya, malam tadi.
Syed Saddiq yang juga pengasas Muda sebelum ini dilaporkan mengumumkan parti itu telah didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 23 Dis 2021.
Pada 25 Jan lepas, Pengerusi Muda Johor Mohd Azrol Ab Rahani dilaporkan berkata Syed Saddiq mungkin bertanding pada PRN Johor selain mempunyai kelebihan kerana berasal dari negeri itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu bertanding atas tiket PKR, menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan calon PAS Abdul Aziz Talib dengan majoriti 6,953 undi.
Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18, sekali gus menjadi cabaran kepada parti-parti politik yang bertanding.
– Bernama
MUDA sah bertanding dalam PRN Johor
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis
You must be logged in to post a comment.