PRNJohor: Ahmad Maslan nafi bertanding

PRNJohor: Ahmad Maslan nafi bertanding

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan desas-desus yang beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, fokus ketika ini ialah untuk turun padang bagi menemui 26 jentera pilihan raya UMNO Bahagian di seluruh Johor bermula pada hari ini di Tanjung Piai sehingga hari penamaan calon.

“Bagi menghadapi PRN Johor ini, saya akan menjalankan tugas-tugas di lapangan manakala Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir akan berada ‘War Room’.

“Saya menafikan desas-desus itu, jika dicari dalam kertas undi pada PRN Johor, nama saya tiada, jadi dalam erti kata lain, saya tidak akan bertanding di mana- mana kerusi DUN di Parlimen Pontian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada Masyarakat Tionghua di Dewan Mufakat Mukim Sungai Pinggan, di sini hari ini.

Ahmad menambah, kunjungan ke bahagian-bahagian UMNO juga bagi mengenal pasti kawasan DUN yang tewas semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), dimana BN hanya memenangi 19 kerusi sahaja.

“UMNO berharap akan dapat merampas kembali kerusi-kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil dapat dibentuk nanti” ujarnya. K Online

PRNJohor: Ahmad Maslan nafi bertanding


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker