Maszlee Dakwa Pegawainya ‘Ditekan’ SPRM Bagi “Mengorek” Kesalahannya

Maszlee Dakwa Pegawainya ‘Ditekan’ SPRM Bagi “Mengorek” Kesalahannya

Maszlee Malik mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menekan dan melakukan intimidasi terhadap pegawai-pegawainya di Parlimen Simpang Renggam.

Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Pendidikan itu turut mendakwa, pegawai di kementerian lamanya juga didatangi pegawai SPRM bagi ‘mengorek’ kesalahan yang disifatkannya rekaan semata-mata.

Maszlee membidas tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tindakan jahat dan malafide (berniat buruk).

“Bila tanya kepada pegawai, mereka kata ada laporan terhadap saya. Laporan apa? Adakah kerana program pendidikan, program untuk pandaikan rakyat, program untuk galakkan membaca dan kembali ke sekolah?

“Adakah ini satu dosa kepada SPRM? Negara kita ke mana perginya kalau begini? Bagi mereka yang ingin intimidasi, saya katakan, anak sekolah, ibu bapa, guru dan rakyat Simpang Renggam akan tetap bersama saya.

“Usaha saya untuk memandaikan rakyat, usaha saya untuk mengangkat pendidikan. Adakah ini satu kesalahan di sisi SPRM?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berhubung siasatan memorandum melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Sabtu.

Ketika ketika diminta mengulas berkenaan siasatan tersebut, Maszlee menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anggota terlibat kerana melakukan tugas mereka dengan profesional.

Untuk rekod, pada Jumaat, dua pemimpin pembangkang memberi keterangan kepada polis berhubung memorandum berkaitan isu pemilikan saham membabitkan Azam.

Mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi setelah dipanggil bagi menjelaskan mengenai memorandum yang mereka terima daripada sekumpulan Pemuda PKR yang berarak ke Parlimen pada 20 Januari lalu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Datuk Maria Chin Abdullah tiba pada jam 9.21 pagi, disusuli Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil pada jam 9.41 pagi.

Pada Sabtu pula, Maszlee dilihat tiba di IPD pada jam 11.50 tengah hari dan masuk ke balai pada jam 12.18 tengah hari dan semuanya selesai kira-kira 20 minit kemudian.-AA

Maszlee Dakwa Pegawainya ‘Ditekan’ SPRM Bagi “Mengorek” Kesalahannya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker