Tukang beratur profesional untuk golongan kaya
Tukang beratur profesional untuk golongan kaya
LONDON – Seorang lelaki di Britain bekerja sebagai ‘pakar’ beratur buat golongan kaya yang enggan menunggu dalam barisan apabila mahu membeli-belah barangan berjenama, lapor laman Oddity Central kelmarin.
Freddie Beckitt, 31, berkata, dia melakukan pekerjaan itu bagi mengisi masa lapang dan menambah wang poket dengan mengenakan caj AS$27 (RM113) sejam.
Dia juga meraih pendapatan sehingga AS$215(RM903.50) sehari.
Merupakan penduduk asal kota London, Beckitt menganggap tugasan beratur sebagai satu seni dan tidak mempunyai masalah untuk menunggu berjam-jam sekiranya ada yang sanggup membayar perkhidmatannya.
“Sejujurnya saya berharap saya mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan pekerjaan ini agar ia boleh menjadi kerjaya tetap.
“Semasa beratur, saya menggunakan masa yang ada untuk memperbaiki penulisan saya sebagai penulis sejarah fiksyen,” katanya.
Tambah Beckitt, dia mula terjebak sebagai tukang beratur apabila mencari pekerjaan sambilan dan ada yang menawarkan tugas beratur di laman mencari pekerjaan.
“Apabila saya melihat pekerjaan ini, saya rasa ia adalah tugasan paling senang di dunia,” jelasnya. K Online
Tukang beratur profesional untuk golongan kaya
Baca Artikel Menarik :
- Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak
- Abu Syafiq Tawar Kerja Di Mekah, Ramai Yang Berminat
- PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
- Perluas sistem solar PV bantu penjimatan bil elektrik rakyat
- Pejuang bidas PKR
- Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
- Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib
- Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
- Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000
- Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril
- Harimau masuk kampung sebab sakit, bukan pembalakan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
You must be logged in to post a comment.