Umrah dibenarkan semula mulai 8 Februari

Umrah dibenarkan semula mulai 8 Februari

Kabinet hari ini membuat keputusan umat Islam di negara ini boleh kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.

Bagaimanapun, beliau berkata, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah, selepas ini.

“Baru tadi kami buat keputusan sepertimana dinyatakan dahulu yang penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja jadi bermula 8 Februari ini bolehlah agensi pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah dan inilah yang sudah diputuskan hari ini oleh kabinet.

“SOP baharu akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari tanah suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan,” katanya kepada media selepas pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Motac, Datuk Dr Noor Zari Hamat; Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ramlan Ibrahim; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab dan Pengurus GoPro Asia Tenggara, Sangeet Singh.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.

Mengenai penerbangan pertama bagi jemaah umrah bermula 8 Februari ini, Nancy berkata, ia belum diputuskan lagi.

“Mungkin agensi pelancongan umrah sudah mengetahui sebab kami juga sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka tidak sampai dua minggu lalu.

“Saya rasa mereka sudah membuat persediaan untuk aktiviti atau promosi mereka selanjutnya,” katanya. HM

Umrah dibenarkan semula mulai 8 Februari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker