Kopi Kenangan Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Giat Cari Pekerja

Kopi Kenangan Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Giat Cari Pekerja

Kopi Kenangan difahamkan bakal memasuki pasaran Malaysia. Rangkaian kopi grab and go yang kini mempunyai lebih daripada 500 kedai di 32 bandar di Indonesia. Jenama lokal dari seberang ini juga telah berjaya memenangi pelbagai jenis anugerah antaranya adalah Brand of The Year dalam ketegori Cafe Chain dari Indonesia oleh The World Branding Awards 2020-2021.

Bagi anda yang tidak tahu, Kopi Kenangan baru-baru ini telah memperoleh AS$96 juta dalam pembiayaan Series C yang menjadikan jenama Indonesia ini mencapai status unicorn. Dipimpin oleh Tybourne Capital Management, pembiayaan itu telah membawa nilai Kopi Kenangan kepada lebih AS$10 bilion. Syarikat itu berkata dana yang dikumpul akan digunakan untuk melebarkan jenama baharunya, Cerita Roti, Chigo dan Kenangan Manis di seluruh Indonesia. Ia juga akan terus membina rangkaian Kopi Kenangan dan meluaskan jenamanya di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam pasaran ASEAN.

Terbaharu, Kopi Kenangan dikhabarkan bakal melebarkan sayapnya di Malaysia. Ini setelah salah satu hantaran di laman sesawang Linkedin menunjukkan jenama dari sebarang itu kini sedang giat mencari pekerja. Peluang pekerjaan bersama Kopi Kenangan juga baharu sahaja dibuka pada 5 hari yang lalu dan kini hanya 36 orang sahaja yang memohon.

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan bahawa Kopi Kenangan kini memerlukan seorang pakar dalam Sumber Manusia atau Human Resource bagi “menubuhkan jabatan HR dalam memastikan operasi perniagaan yang lancar dan cekap.” Tambah kenyataan itu lagi, individu yang terpilih akan bertanggungjawab dalam pengurusan dan strategik, membantu syarikat merancang dan mentadbir serta melancarkan operasi sumber manusia dalam pengambilan pekerja dan pembangunan.

Antara syarat-syaratnya adalah pemohonan mestinya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam sumber manusia, perniagaan, atau bidang berkaitan; dengan sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman bekerja dalam sektor F&B. Pemohon juga perlu mahir dengan undang-undang dan peraturan pekerjaan di Malaysia. Selain itu, mempunyai kemampuan untuk berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba nasib bekerja dengan salah satu jenama gah di Indonesia, anda boleh terus ke laman web Linkedin Kopi Kenangan atau terus klik di sini. Vc

Kopi Kenangan Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Giat Cari Pekerja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker