Kejadian itu tanah runtuh, bukan tanah mendap

Kejadian itu tanah runtuh, bukan tanah mendap

Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menjalankan siasatan terperinci bagi memastikan sama ada pemaju melaksanakan proses memadatkan tanah yang betul sebelum membina jalan di lokasi berlaku runtuhan tanah di Lestari Perdana, semalam.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata secara teknikalnya, kejadian semalam bukan disebabkan tanah mendap kerana tanah mendap berlaku apabila permukaan jalan kelihatan beralun.

Susulan itu, beliau berkata, kejadian yang berlaku semalam dikategorikan sebagai tanah runtuh.

“PBT boleh memeriksa adakah pemaju melaksanakan proses memadatkan tanah yang betul sebelum membina jalan di atas tanah di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kejadian berlaku semalam menyebabkan lima kereta rosak dan jatuh bersama-sama tanah yang runtuh itu.

Bomba pada awalnya mengklasifikasikan kejadian itu sebagai tanah mendap tetapi selepas merujuk kejadian itu dengan pakar sepatutnya, ia kemudian diklasifikasikan sebagai tanah runtuh.

Lam Thye berkata, pemaju Lestari Perdana, mahupun perunding kejuruteraan awam yang diupah pemaju dan PBT harus dikenakan tindakan kerana pengawasan yang lemah hingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

“Walaupun kejadian ini disebabkan hujan lebat, tetapi ia tidak akan berlaku jika penyeliaan sewajarnya dibuat di situ.

“Seperti yang kita tahu, sebahagian besar kawasan Lestari Perdana adalah beralun dan berkemungkinan besar kawasan ini dipenuhi tanah.

“Ketika hujan lebat, tanah menjadi tepu, berat dan lemah yang mana ia akan cepat mewujudkan keadaan aliran tanah yang laju dan menggelongsor,” katanya.

Beliau berkata, pengawasan lebih kerap perlu dilaksanakan di kawasan seperti ini bagi mengelak kejadian sama berlaku pada masa depan. BH

Kejadian itu tanah runtuh, bukan tanah mendap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker