Empat tandas dalam satu bilik, keistimewaan rumah RM1.88 juta

GAMBAR menunjukkan ruang bilik air sebuah rumah dengan empat mangkuk tandas dibina bersebelahan di bandar Milwaukee. – Mahler Sotheby’s International Realty

MILWAUKEE, WISCONSIN – Sebuah rumah di negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) yang dibina dengan empat mangkuk tandas dalam satu bilik air telah mencecah harga sehingga $450,000 (RM1.88 juta) di pasaran, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Empat mangkuk tandas itu tidak dipisahkan oleh penghadang malah dibina dalam satu baris dengan jarak hanya beberapa inci.

Ia dibina dengan sangat rapat sehingga empat orang ahli keluarga dapat menggunakannya serentak sambil berpegangan tangan.

Dalam pada itu, empat sinki turut dibina bertentangan dengan empat mangkuk tandas tersebut, menggambarkan bahawa kebersihan menjadi keutamaan dan bukannya privasi.



Ruang itu dibina di dalam sebuah rumah di bandar Milwaukee oleh keluarga Fowle pada tahun 1851.

Ia mempunyai lantai kayu keras, siling beralang, balkoni bertutup serta sebuah apartmen lengkap di bahagian belakangnya.

“Ketika dibina, rumah itu tidak mempunyai empat mangkuk tandas namun ditambah oleh Pasukan Pengakap Puteri lalu didermakan oleh pemiliknya sekitar tahun 1920 atau 1930,’’ jelas ejen hartanah, Jane Dichristopher dari agensi hartanah antarabangsa kepada stesen televisyen WTRF. – Agensi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker