Saintis dakwa bulan ais di Zuhal boleh didiami manusia

BOULDER, COLORADO – Satu penyelidikan baharu mendedahkan bahawa bulan ais yang mengelilingi Zuhal berpotensi mempunyai lautan dan boleh dihuni oleh makhluk-makhluk hidup, lapor laman berita Wion News semalam.

Kajian tersebut diterbitkan menerusi jurnal Icarus yang mendedahkan bahawa bulan yang paling dekat dengan planet Zuhal iaitu Mimas didakwa mengandungi air laut.

Penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan bulan yang mengelilingi planet dengan cincin gergasi itu kepada 83 biji, lebih banyak daripada Musytari.



“Jika Mimas mempunyai lautan, ia mewakili kelas jelmaan planet lautan baharu dengan permukaan yang tidak mengatasi kewujudan laut,’’ kata pengarang utama kajian, Alyssa Rhoden yang merupakan seorang saintis di Institut Penyelidikan Southwest di bandar Boulder.

Ahli Astronomi Inggeris, William Herschel menemukan bulan yang paling kecil dan hampir dengan planet Zuhal itu pada 1789. Ia dikatakan menyerupai bintang mati daripada filem Star Wars.

“Oleh kerana permukaan Mimas kebanyakannya berkawah, kami menjangka ia hanyalah bongkah ais beku,’’ kata Rhoden yang juga merupakan ketua bersama Network for Ocean Worlds dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). – Agensi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker