NASA dedahkan letupan gunung berapi Tonga 100 kali lebih kuat daripada bom atom [VIDEO]

IMEJ satelit menunjukkan letusan gunung berapi dasar laut, Hunga Tonga-Hunga Ha’apai di Tonga. – AFP

NASA dedahkan letupan gunung berapi Tonga 100 kali lebih kuat daripada bom atom [VIDEO]

NUKUALOFA, Tonga – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melaporkan bahawa letusan gunung berapi di Tonga menyamai letupan 30 juta tan TNT atau 100 kali ganda lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, lapor laman berita Wion News semalam.

Apabila gunung berapi bawah laut di Pasifik Selatan, Hunga Tonga-Hunga Ha’apai meletus pada 15 Januari lalu, ia menghamburkan serpihan setinggi lebih 40 kilometer ke udara.

Letusan itu mencetuskan gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter yang mengakibatkan tsunami menghentam negara kepulauan itu di samping menutupinya dengan abu sekali gus menyebabkan Tonga terputus hubungan dengan dunia luar.

Letusan Hunga Tonga-Hunga Ha’apai mengakibatkan negara dengan sekitar 100,000 penduduk itu diliputi lapisan abu toksik yang meracuni air minuman, memusnahkan tanaman dan memusnahkan sama sekali dua perkampungan.



Menurut satelit Pemerhatian Bumi NASA, letusan itu juga menjana kuasa menyamai antara 5 hingga 30 megaton ( 5 juta hingga 30 juta tan) TNT. Sebagai perbandingan, bom atom yang meratakan Hiroshima pada Ogos 1945 menjana kuasa letupan sekitar 15 kiloton (15,000 tan) TNT.

Ukuran radar yang dilakukan sebelum dan selepas letusan kuat pada bulan lalu itu mendapati bahawa sebahagian kecil daripada dua pulau Tonga iaitu Hunga Tonga dan  Hunga Ha’apai masih berada di atas gunung berapi itu.

Gunung St. Helens meletus dengan mengeluarkan kuasa 24 megaton pada 1980, manakala Krakatoa menghamburkan kuasa letusan 200 megaton pada 1883, demikian menurut saintis-saintis. – Agensi



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari



Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker