Lelaki suntik bontot temui ajal di Teluk Intan



TELUK INTAN – Seorang lelaki yang baru selesai mendapatkan suntikan membesarkan bontot  ditemukan meninggal dunia dalam bilik di sebuah hotel, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditemukan terbaring di atas katil dan tidak bernafas oleh rakannya sekitar pukul 3 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, si mati yang berperwatakan lembut itu datang ke hotel tersebut pada pukul 9 pagi bersama rakan lelakinya bagi mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung.

“Suntikan itu dilakukan seorang wanita yang juga peniaga kosmetik dari Melaka dengan kos satu suntikan berjumlah RM500.

“Selesai suntikan sekitar pukul 12 tengah hari, si mati meminta izin untuk berehat di dalam bilik kerana merasa penat sambil ditemani rakannya manakala wanita itu pula telah mendaftar keluar hotel untuk pulang ke Melaka,” katanya di sini hari ini.




Menurut beliau, keadaan si mati yang tidak bernafas itu disedari rakannya sebelum menghubungi wanita terbabit yang datang semula ke hotel berkenaan dan mendapati lelaki itu sudah tidak bergerak.

Katanya, polis yang dimaklumkan kejadian itu segera ke hotel berkenaan dan menjumpai si mati terbaring di atas katil dengan memakai baju dan tuala serta bertutup dengan selimut.

“Kematian si mati disahkan oleh pegawai kesihatan yang hadir bersama ambulans dan mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan paru-paru bengkak dan berair. Setakat ini, doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian akibat suntikan yang diambil si mati,” katanya.

Tambahnya, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan siasatan kes dijalankan di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR)




Lelaki suntik otot punggung temui ajal di Teluk Intan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz



Leave a Reply

Your email address will not be published.