Pancaran cahaya emas mirip adegan filem UFO

ATATURK, Turki – Penduduk sebuah perkampungan di Turki terkejut apabila menyaksikan satu kejadian pancaran cahaya terang yang luar biasa selama tiga jam berterusan, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Pancaran cahaya berwarna emas berkilauan itu dikesan di Genting Zigana  iaitu kawasan pergunungan di wilayah Gumushane Turki.

Fenomena tersebut dirakam dari pusat ski Zigana Gumuskayak pada ketinggian 2,100 meter dari paras laut.

Jurucakap pusat ski berkenaan, Abdullah Eroglu berkata, dia tidak pernah menyaksikan mana-mana kejadian serupa di kawasan itu sebelum ini.

“Pengunjung hari ini disifatkan bertuah kerana berpeluang melihat pemandangan paling menakjubkan. Pancaran cahaya itu memancar ke arah lereng Zigana untuk satu tempoh yang lama.

“Pekerja di sini juga merakam adegan itu dengan telefon bimbit masing-masing. Ia seperti babak dalam filem sains fiksyen,” katanya.

Pancaran cahaya adalah konsep biasa dalam filem sains fiksyen terutama dalam babak-babak melibatkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau makhluk asing.

Bagaimanapun, saintis-saintis mengatakan bahawa pancaran cahaya tersebut dikenali sebagai sinar Crepuscular yang berasal dari perkataan Latin ‘crepusculum’ dan bermaksud senja. – Agensi

Fenomena cahaya memancar dari langit yang sempat dirakam oleh penduduk di Turki. – CEN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker