Malaysia akan putus ‘nasib’ kedutaan di Jakarta

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia dijangka memutuskan nasib masa depan kedutaan besar negara ini di Jakarta yang bakal dipindahkan ke ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.

Sumber Wisma Putra di sini memaklumkan Utusan Malaysia, keputusan rasmi berhubung kedudukan bangunan misi diplomatik itu akan diteliti oleh kerajaan sebelum dimuktamadkan.

“Insya-Allah, perkara ini sedang diperhalusi oleh pihak Kementerian Luar untuk dimaklumkan kepada mesyuarat Kabinet kerana melibatkan pelbagai faktor,” katanya ketika dihubungi.



Media negara itu melaporkan, Kementerian Luar Indonesia telah mengedarkan nota rasmi meminta semua kedutaan asing di Jakarta berpindah ke Nusantara dalam tempoh 10 tahun.

Langkah tersebut bakal menyaksikan 105 kedutaan bakal dipindahkan paling lewat 2034 selepas pusat pentadbiran baharu pemerintah Indonesia itu dibuka menjelang 2024 kelak.

Lokasi baharu yang akan diwartakan sebagai Daerah Khusus Ibukota dalam Wilayah Kalimantan Timur itu berkeluasan 2,560 kilometer persegi dan terletak 1,930 kilometer dari Jakarta.

Kos pembangunan Nusantara yang berjumlah 466 trilion rupiah (RM7.8 bilion) itu juga bakal mengguna pakai Waktu Indonesia Tengah yang setara dengan masa Malaysia.



PRN Johor: UMNO belum tentukan calon parti itu

Mengulas lanjut, sumber Wisma Putra memaklumkan, keperluan canseri baharu di Nusantara amat penting kerana hubungan diplomatik dengan Indonesia yang rapat sejak ratusan tahun lagi.

Dengan luas lebih dua hektar, ia menempatkan 53 petugas daripada 15 agensi kerajaan serta dilengkapi masjid, dewan, stadium mini, kondominium 24 unit, gimnasium dan gelanggang tenis.



Sumber memaklumkan, jika berlaku pemindahan, Malaysia akan memiliki tiga misi diplomatik dalam Pulau Borneo selepas Bandar Seri Begawan, Brunei dan Pontianak, Kalimantan Barat.

Sementara itu, status kedutaan Malaysia di Jakarta pula akan diturunkan tarafnya sebagai konsul jeneral iaitu kelima di Indonesia selepas Medan, Pekan Baru, Denpasar dan Pontianak.

Malaysia akan putus ‘nasib’ kedutaan di Jakarta


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker