Selepas Adira, madu pula ke mahkamah?

Selepas Adira, madu pula ke mahkamah?

Genap dua bulan penyanyi Adira Suhaimi memfailkan permohonan cerai, madunya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red pula dilihat memuat naik gambar di mahkamah, semalam.

Perkongsian isteri pertama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu yang popular dengan panggilan Datuk Red itu menimbulkan tanda tanya, apatah lagi disertakan kapsyen mengenai ketentuan takdir.



Ibu kepada lima cahaya mata itu seolah-olah memberi bayangan mengenai kehidupannya apabila mengungkapkan ketentuan Allah adalah yang terbaik buat dirinya.

“Serahkan urusanmu kepada Allah. Senyumlah dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu itu pasti milikmu.

“Dan jika sesuatu itu tidak datang kepadamu maka, pasti sesuatu itu tidak sesuai untukmu. Teruslah percaya kepada Allah dan ucapkan Alhamdulillah,” kongsinya dalam Instagram Story.

Foto yang menunjukkannya berada di luar kamar mahkamah itu berlatarkan lagu Rapuh nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica.



Dalam hantaran lain, Datin Red turut mendedahkan sudah merasai pelbagai ujian dalam kehidupan termasuk ekonomi, keluarga, hubungan dan pekerjaan.

Malah luahnya lagi, dia juga pernah berada pada titik paling rendah dalam hidup selain berdoa agar terus dikurniakan kebahagiaan.

“Ujian apa lagi yang belum aku rasakan. Ekonomi, keluarga, hubungan, pekerjaan semuanya telah diuji kepadaku berada dititik paling bawah pun telah aku rasakan.

“Ya Allah bolehkan aku meminta bahagian kebahagiaanku,” luahnya.



Biarpun hidup bermadu selepas suaminya mengahwini Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, perkahwinan Datin Red dan Datuk Red kekal utuh.

Bahkan hubungannya dengan penyanyi itu akrab beberapa tahun kebelakangan ini yang membuatkan orang ramai turut gembira melihat keharmonian dijalinkan.

Begitupun, pada 4 Disember tahun lalu Adira memfailkan permohonan cerai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor. K Online

Selepas Adira, madu pula ke mahkamah?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker