Harga pelekat RFID RM35, kerajaan arah PLUS, TnG nyatakan rasional

Harga pelekat RFID RM35, kerajaan arah PLUS, TnG nyatakan rasional

Kerajaan sedang menunggu laporan terperinci daripada Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Group (TnG) berhubung rasional harga jualan pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang didakwa dijual mahal sehingga membebankan pengguna.

Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof, berkata kedua-dua pihak sudah diarahkan untuk membentangkan rasional di sebalik harga jualan RM35 yang dikenakan terhadap pelekat RFID itu.



Fadillah berkata, keputusan sama ada harga pelekat RFID diturunkan atau tidak bergantung kepada pembentangan laporan itu kelak.

“Dari segi kos, kita sedang meneliti dan sudah minta PLUS dan TnG untuk membentangkan perinciannya supaya dapat dinilai secara bersama dengan Kementerian Kewangan.

“Kita mahu tahu apakah justifikasi dikenakan harga RM35, kalau tidak, kita akan memastikan untuk dikurangkan atau apakah kos yang munasabah kepada pengguna,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau projek laluan pintasan Kuala Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.



Isu RFID menarik perhatian ramai sejak sistem bayaran tol itu dilaksanakan untuk kenderaan kelas 1 di lebuh raya PLUS membabitkan laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor, bermula pada 15 Jan lalu.

Peralihan kepada sistem itu menjadi tular apabila PLUS menggantikan laluan Smart TAG kepada RFID selain pelbagai kelemahan lain di samping kosnya yang tinggi.

Malah, bekas Perdana Menteri, Najib Razak turut mendakwa jualan pelekat peranti baharu itu dijual terlalu mahal iaitu RM35 sekeping walaupun kos sebenar kurang daripada RM1. FMT

Harga pelekat RFID RM35, kerajaan arah PLUS, TnG nyatakan rasional




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM



Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker